Life of Student
Hidup sebagai seorang student ni kan memang penuh dengan cabaran dan dugaan..Di samping itu juga,bergelar student ni memerlukan pengorbanan dari segi ruang waktu..Ye lah..waktu yang ada tu digunakan dengan sebaiknya sebab masa tu berlalu dengan pantasnya tanpa kita sedari..Dan sebagai pelajar kita kenalah gunakan masa sebaiknya dengan buat assignment ke,tutorial ke,membaca ke,mengulang kaji ke..kan?? Nak menuntut ilmu ini bukannya mudah ...Perjalanan nak menuntut ilmu itu memerlukan pengorbanan..Kita kena korbankan masa untuk kita enjoy dan lebihkan masa dengan study...Kadang-kadang nak rasa give up pun ada jugak,tapi bila difikirkan balik,rasanya kita akan rugi kalau kita tak belajar bersungguh-sungguh..Study for your future..Kita belajar kerana kita nak mengubah masa depan kita untuk menjadi yang lebih baik dan cerah..Jangan dok asyik berharap kat Allah nak bantu kita...Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib diri mereka..Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar..Kita tak dapat nak berharap Allah tolong kita bila kita nak exam nanti kalau kita tak usaha nak belajar dengan bersungguh-sungguh...Allah akan tolong kita jika kita sudah berusaha sebaik yang mungkin dan kemudian kita berdoa dan bertawakal agar apa yang kita usahakan selama ini membuahkan hasil yang baik..
Ibarat kata "masa itu emas" lah... Kita kena kejar masa tu..dan bukannya masa yang mengejar kita..Dan dengan mengejar masa itulah kita kena isikannya dengan menuntut ilmu..Bahkan,di dalam agama juga,kita wajib menuntut ilmu bukan saja ilmu berkaitan di dunia tapi juga di akhirat...Tanpa ilmu,kita diibaratkan tin kosong...
"ILMU itu lebih baik daripada harta..ILMU menjaga engkau dan engkau menjaga harta..ILMU itu penghukum ( hakim ) dan harta terhukum."
Hidup sebagai seorang pelajar adalah dengan mencari ilmu seluas dan sebanyaknya..Kita masih muda,masih punya kudrat tenaga untuk mencari ilmu..Rugi rasanya kita sia-siakan peluang ini dengan tidak mencari ilmu...Ilmu itu ada di mana-mana...Dan kita sebagai seorang pelajar kenalah kuatkan semangat untuk mencari ilmu tersebut..Itulah adat seorang pelajar..
Sepanjang aku bergelar student U ni,membuatkan aku bertambah matang dalam berfikir...Kadang-kadang aku rasa amat bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan..Kerana itulah yang ibu dan ayah aku inginkan dan impikan..Mereka nak aku berjaya macam orang lain yang dah berjaya menggenggam segulung ijazah..Tambahan pulak,aku ni satu-satunya anak dalam keluarga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti..Kiranya aku ni adalah "ayam tambatan" dalam keluarga..Satu-satunya anak yang diharapkan dalam keluarga terutamanya ibu bapa aku..Tapi apapun,dengan peluang yang ada ini,akan aku gunakan sebaik yang mungkin demi mengejar cita-citaku..Ini lah kehidupan aku bergelar seorang pelajar.. LIFE OF STUDENT .