The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Ramadhan yang ditangisi,Syawal yang dirai
 
Tuesday, 6 August 2013 



Beberapa hari yang lalu,Ramadhan pergi meninggalkan kita semua.Sebegitu cepatnya Ramadhan meninggalkan kita..Baru sekejap rasanya berpuasa,dan sepantasnya masa berlalu dengan cepat tanpa aku sedari..Ramadhan,bulan yang penuh dengan keberkatan..Bulan yang baik dari  segala bulan..Bulan di mana adanya malam Lailatul Qadar..Bulan di mana pintu pengampunan terbuka seluasnya dan selebarnya..Bulan di mana setiap doa kita akan dimakbulkan..Bulan di mana kita belajar untuk mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik..Bulan di mana setiap ibadah yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...

Ya Allah,terasa sayunya hati apabila Ramadhan yang datang hanya sekali dalam setahun pergi meninggalkan kita sekali lagi..Terasa tidak puas rasanya untuk bersama denganmu lagi ya Ramadhan..Namun,diriku harus mengakui bahawa kepergianmu harus ku redhai..

Namun,setelah kepergian Ramadhan,Syawal datang untuk menceriakan hati ini...Syawal yang datang dirai dengan meriahnya..Diriku terasa bersyukur kerana diberi peluang untuk meraikan Syawal bersama dengan insan-insan yang ku sayangi..

Harapan ku semoga aku dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan pada masa yang akan datang..dan semoga aku diberikan peluang lagi untuk meraikan Syawal pada masa yang akan datang..




Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.


nd -- >